Monday, March 24, 2008

PEPERANGAN BANI MUSTOLIQ

PEPERANGAN BANI MUSTOLIQ

Pada bulan sha’ban tahun keenam hijrah, Rasulullah s.a.w mendapat berita bahawa Al Harith B. Abu Dhirar, pemimpin Bani Al Mustoliq yang membantu quraisy dalam peperangan uhud telah mengumpul kekuatan untuk menyerang Baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w keluar untuk menghadapi mereka dalam jumlah yang ramai dan melantik Zaid B. Harithah sebagai penggantinya di Madinah. Isteri Baginda s.a.w iaitu ‘Aisyah dan Ummu Salamah turut serta dalam peperangan ini. Golongan munafik yang tidak pernah ikut serta dalam peperangan sebelum ini juga turut menyertai tentera ini. Mereka keluar dengan harapan mendapat bahagian duniawi. Dalam perjalanan, Rasulullah s.a.w bertemu dengan pengintip Bani al Mustoliq. Baginda s.a.w bertanyakan berita mengenai musuh tetapi dia enggan memberitahu. Rasulullah mengrahkan supaya dia dibunuh.

Apabila Al Harith menerima berita kemaraan muslimin untuk memerangi mereka dan tentera muslimin berjaya membunuh pengintipnya, dia dengan tenteranya dihantui oleh parasaan yang sangat takut sehinggakan sebahagiannya melarikan diri. Ketika tentera muslimin sampai di al-Muraisi’, kedua-dua pasukan mengatur saf masing-masing untuk berperang. Sebelum itu Rasulullah s.a.w telah menawarkan kepada mereka supaya menganut agama Islam, tetapi mereka menolaknya. Peperangan bermula dengan perang panah. Kemudian tentera muslimin merempuh musuh secara serentak dan tidak memberi peluang kepada seorang pun musuh untuk melarikan diri. Malah muslimin berjaya membunuh 10 orang musuh dan bakinya ditawan bersama anak bini mereka serta brtjaya mengumpulkan 2000 ekor unta dan 5000 ekor kambing. Rasulullah telah melantik bekas hambanya yang bernama Syuqran untuk menjaga binatang tersebut dan Buraidah untuk menjaga tawanan.

Di antara perempuan mushrikin yang menjadi tawanan ialah Birrah Bt Al-Harith, anak pemimpin mereka. Seramai 200 orang perempuan yang telah berkeluarga menjadi tawanan dan mereka dibahagikan kepada muslimin. Di sini tampak kebijaksanaan politik dan kemurahan Rasulullah s.a.w. Pada pandangan orang-orang Arab, Bani Mustoliq adalah kaum yang tinggal di Negara mulia dan mewah. Ini amat menyusahkan muslimin untuk menguruskan urusan mereka. Denagn iti Rasulullah s.a.w ingin supaya muslimin sendiri merasakan bahawa mereka perlu dimerdekakan.

Baginda s.a.w bertindak mengahwini Birrah Bt Al-Harith yang kemudiannya dinamakan Juwairiah. Selepas itu muslimin berkata: ipar-ipar Rasulullah s.a.w tidak sepatutnya menjadi tawanan kita. Denagn itu muslimin membebaskan mereka. Juwairiah adalah seorang wanita yang mendatangkan banyak keberkatan kepada kaumnya sebagaimana yang diperakui oleh ‘Aisyah. Kemuliaan dan layanan yang telah diberikan itu telah menyebabkan Bani Mustoliq memeluk Islam. Mereka menjadi penguat muslimin dimana sebelumnya mereka adalah musuh muslimin.

Di sebabkan peperangan ini, berlaku dua peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam peperangan sebelumnya. Sekiranya bukan disebabkan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w dalam menanganinya, nescaya ia akan mengakibatkan perpecahan sesame muslimin.


Pertama orang suruhan Umar bin Al-Khattab berkelahi dengan salah seorang sekutu kabilah Khazraj. Orang suruhan itu telah memukul lawannya sehingga berdarah lalu dia berteriak memanggil kaumnya Khazraj. Orang suruhan itu pula berteriak memanggil kaumnya Muhajirin. Ketegangan berlaku di antara kedua golongan yang hamper mencetuskan peperangan sekiranya Rasulullah s.a.w tidak segera menyelesaikannya. Baginda s.a.w berkata: apakah seruan jahiliah ini masih kedengaran? Kemudian peristiwa yang berlaku diceritakan kepada Rasulullah s.a.w lalu Baginda berkata: tinggalkan seruan ini, sesungguhnya ia amat keji. Kemudian Baginda menasihati orang yang dipukul sehingga dia memaafkannya. Dengan itu, fitnah yang berlaku dapat dipadamkan.

Perkelahian yang berlaku di ketahui oleh Abdullah b Ubai. Dia marah dan ketika itu sekumpulan orang-orang Khazraj berada bersama-samanya. Dia berkata: aku tidak pernah melihat kehinaan seperti hari ini. Apakah mereka sanggup melakukannya? Mereka berbangga terhadap kita di negeri kita. Demi Allah! Perumpamaan di antara kita dan orang-orang quraisy ini adalah sebagaimana yang di katakana oleh datuk nenek kita: “gemukkan anjing kamu supaya ia memakan kamu”. Demi Allah! “Sekiranya kita kembali ke Madinah, nescaya orang-orang mulia munafik akan mengeluarkan orang-orang yang hina muhajirin”..maksud surah Al munafikun….kemudian dia berpaling kepada orang yang bersamanya lalu berkata: inilah apa yang telah kamu lakukan terhadap diri kamu.

Kamu membenarkan mereka tinggal di negeri kamu, kamu memberikan harta benda kamu kepada mereka. Demi Allah! Sekiranya kamu tidak memberikan harta benda yang kamu miliki kepada mereka nescaya mereka akan pergi ke negeri lain. Kemudian kamu tidak merasa cukup dengan apa yang telah kamu lakukan sehinggalah kamu menjadikan diri kamu sebagai alat untuk mencapai tujuan mereka. Denagn itu kamu berperang mempertahankan Muhammad. Kamu tinggalkan anak-anak kamu dalam keadaan yatim. Bilangan kamu semakin sedikit sedangkan bilangan mereka semakin banyak. Oleh itu kamu jangan membantu mereka sehingga mereka meninggalkan kamu.

Di dalam majlis tersebut terdapat seorang remaja yang kuat keislamannya iaitu Zaid B arqam. Beliau memberitahu apa yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w lalu air muka Rasuluyllah s.a.w berubah lalu berkata: wahai anak muda! Kemungkinan kamu marahkannya, maka kamu mereka cerita ini. Beliau menjawab: demi Allah wahai Rasulullah s.a.w! aku benar-benar mendengarnya. Baginda s.a.w berkata lagi: kemungkinan kamu tersilap dengar.

Selepas itu Umar Al Khattab meminta izin untuk untuk membunuh Ibn Ubay atau Rasulullah s.a.w mengarahkan orang lain untuk membunuhnya. Rasulullah s.a.w melarang daripada bertindak demikian dan berkata: bagaimana wahai Umar sekiranya manusia berkata Muhammad membunuh sahabatnya. Kemudian Rasulullah s.a.w mengarahkan supaya meneruskan perjalanan pada masa kebiasaannya orang tidak berjalan iaiti ketika panas terik. Tindakan ini diambil dengan tujuan orang ramai tidak membincangkan topic tersebut. Usaid b Hudhair bertanyakan sebab Rasulullah s.a.w tetap meneruskan perjalanan sekalipun dalam kepanasan cahaya matahari. Baginda s.a.w menjawab: apakah kamu tidak mengetahui apa yang telah di ucapkan oleh kawan kamu? Dia menuangka bahawa sekiranya dia pulang ke Madinah, orang-orang yang mulia munafikin akan mengeluarkan orang-orang yang hina muhajirin. Usaid berkata: demi Allah! Kamu wahai Rasulullah s.a.w boleh mengeluarkan atau menghalaunya sekiranya kamu mahu. Dialah yang hina dan kamulah yang mulia.Rasulullah s.a.w mem percepatkan perjalanan sehingga orang ramai keletihan di sebabkan kepanasan. Kemudian mereka berehat,berbaring dan terus terlena.

Beberapa orang Ansar mencadangkan kepada Abdullah b Ubay supaya Rasulullah s.a.w meminta keaampunan untuknya. Tetapi dia berpaling dan bersikap sombong. Di sini Allah menurunkan surah Al Munafikun yang membongkar kejahatan Abdullah b Ubay dan kawan-kawannya, dan membenarkan berita yang dibawa oleh Zaid b Arqam.

Apabila Abdullah b Abdullah b Ubay mengetahui apa yang berlaku, beliau meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk membunuh ayahnya kerana bimbang Baginda s.a.w akan mengarahkan orang lain membunuhnya. Ini akan melahirkan perasaan ingin membalas dendam. Tetapi Rasulullah s.a.w menyuruhnya supaya berbuat baik kepada bapanya.

SUMBER DARI KITAB NUR KARANGAN
SYEIKH MUHAMMAD AL-KHUDHORI BIK

Monday, March 3, 2008

la tahzan wala takhof

“LA TAHZAN” 1.Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang kemana-mana.Seterusnya, semua urusan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak.
Inilah makna sabda Rasulullah S.A.W “Bila engkau berada pd pagi hari, jgnlah menunggu datangnya ptg hari.
Bila engkau berada pd ptg hari, jgnlah menunggu datangnya waktu pagi”2.Lupakan masa lalu dan semua yg pernah terjadi.Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yg tlh selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.3.Jgn menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jgn fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya4.Jgn mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.5.Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia6.Barangsiapa menginginkan ketenangan,ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah7.Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar8.Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang9.Persiapkan diri anda utk menerima kemungkinan buruk10.Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya utk diri anda11.Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seorang Muslim adalah baik baginya12.Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah13.Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yg dimiliki orang lain14.Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar15.Dengan musibah hati akan tergerak utk berdoa16.Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati17.Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan18.Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara remeh19.Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha luas keampunan-Nya20.Jangan marah, jangan marah, jangan marah!21.Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan22.“Dan dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu” (Ad-Dzariyat:22)23.Kebanyakan dari apa yg anda takutkan tidak akan berlaku24.Pada orang2 yg tertimpa musibah itu ada suri teladan25.Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka26.Ulangilah doa-doa utk menghapuskan bencana27.Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran28.Tinggalkanlah semua desas desus dan jangan percaya kepada khabar angin29.Kedengkian dan keinginan anda yang kuat utk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar dari bahaya yang akan menimpa pihak lawan30.Setiap musibah yg menimpa diri anda adalah penghapus dosa

Thursday, February 28, 2008

bacalah yaasin..

BACALAH YAASINRASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. 14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.