PEPERANGAN BANI MUSTOLIQ
Pada bulan sha’ban tahun keenam hijrah, Rasulullah s.a.w mendapat berita bahawa Al Harith B. Abu Dhirar, pemimpin Bani Al Mustoliq yang membantu quraisy dalam peperangan uhud telah mengumpul kekuatan untuk menyerang Baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w keluar untuk menghadapi mereka dalam jumlah yang ramai dan melantik Zaid B. Harithah sebagai penggantinya di Madinah. Isteri Baginda s.a.w iaitu ‘Aisyah dan Ummu Salamah turut serta dalam peperangan ini. Golongan munafik yang tidak pernah ikut serta dalam peperangan sebelum ini juga turut menyertai tentera ini. Mereka keluar dengan harapan mendapat bahagian duniawi. Dalam perjalanan, Rasulullah s.a.w bertemu dengan pengintip Bani al Mustoliq. Baginda s.a.w bertanyakan berita mengenai musuh tetapi dia enggan memberitahu. Rasulullah mengrahkan supaya dia dibunuh.
Apabila Al Harith menerima berita kemaraan muslimin untuk memerangi mereka dan tentera muslimin berjaya membunuh pengintipnya, dia dengan tenteranya dihantui oleh parasaan yang sangat takut sehinggakan sebahagiannya melarikan diri. Ketika tentera muslimin sampai di al-Muraisi’, kedua-dua pasukan mengatur saf masing-masing untuk berperang. Sebelum itu Rasulullah s.a.w telah menawarkan kepada mereka supaya menganut agama Islam, tetapi mereka menolaknya. Peperangan bermula dengan perang panah. Kemudian tentera muslimin merempuh musuh secara serentak dan tidak memberi peluang kepada seorang pun musuh untuk melarikan diri. Malah muslimin berjaya membunuh 10 orang musuh dan bakinya ditawan bersama anak bini mereka serta brtjaya mengumpulkan 2000 ekor unta dan 5000 ekor kambing. Rasulullah telah melantik bekas hambanya yang bernama Syuqran untuk menjaga binatang tersebut dan Buraidah untuk menjaga tawanan.
Di antara perempuan mushrikin yang menjadi tawanan ialah Birrah Bt Al-Harith, anak pemimpin mereka. Seramai 200 orang perempuan yang telah berkeluarga menjadi tawanan dan mereka dibahagikan kepada muslimin. Di sini tampak kebijaksanaan politik dan kemurahan Rasulullah s.a.w. Pada pandangan orang-orang Arab, Bani Mustoliq adalah kaum yang tinggal di Negara mulia dan mewah. Ini amat menyusahkan muslimin untuk menguruskan urusan mereka. Denagn iti Rasulullah s.a.w ingin supaya muslimin sendiri merasakan bahawa mereka perlu dimerdekakan.
Baginda s.a.w bertindak mengahwini Birrah Bt Al-Harith yang kemudiannya dinamakan Juwairiah. Selepas itu muslimin berkata: ipar-ipar Rasulullah s.a.w tidak sepatutnya menjadi tawanan kita. Denagn itu muslimin membebaskan mereka. Juwairiah adalah seorang wanita yang mendatangkan banyak keberkatan kepada kaumnya sebagaimana yang diperakui oleh ‘Aisyah. Kemuliaan dan layanan yang telah diberikan itu telah menyebabkan Bani Mustoliq memeluk Islam. Mereka menjadi penguat muslimin dimana sebelumnya mereka adalah musuh muslimin.
Di sebabkan peperangan ini, berlaku dua peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam peperangan sebelumnya. Sekiranya bukan disebabkan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w dalam menanganinya, nescaya ia akan mengakibatkan perpecahan sesame muslimin.
Pertama orang suruhan Umar bin Al-Khattab berkelahi dengan salah seorang sekutu kabilah Khazraj. Orang suruhan itu telah memukul lawannya sehingga berdarah lalu dia berteriak memanggil kaumnya Khazraj. Orang suruhan itu pula berteriak memanggil kaumnya Muhajirin. Ketegangan berlaku di antara kedua golongan yang hamper mencetuskan peperangan sekiranya Rasulullah s.a.w tidak segera menyelesaikannya. Baginda s.a.w berkata: apakah seruan jahiliah ini masih kedengaran? Kemudian peristiwa yang berlaku diceritakan kepada Rasulullah s.a.w lalu Baginda berkata: tinggalkan seruan ini, sesungguhnya ia amat keji. Kemudian Baginda menasihati orang yang dipukul sehingga dia memaafkannya. Dengan itu, fitnah yang berlaku dapat dipadamkan.
Perkelahian yang berlaku di ketahui oleh Abdullah b Ubai. Dia marah dan ketika itu sekumpulan orang-orang Khazraj berada bersama-samanya. Dia berkata: aku tidak pernah melihat kehinaan seperti hari ini. Apakah mereka sanggup melakukannya? Mereka berbangga terhadap kita di negeri kita. Demi Allah! Perumpamaan di antara kita dan orang-orang quraisy ini adalah sebagaimana yang di katakana oleh datuk nenek kita: “gemukkan anjing kamu supaya ia memakan kamu”. Demi Allah! “Sekiranya kita kembali ke Madinah, nescaya orang-orang mulia munafik akan mengeluarkan orang-orang yang hina muhajirin”..maksud surah Al munafikun….kemudian dia berpaling kepada orang yang bersamanya lalu berkata: inilah apa yang telah kamu lakukan terhadap diri kamu.
Kamu membenarkan mereka tinggal di negeri kamu, kamu memberikan harta benda kamu kepada mereka. Demi Allah! Sekiranya kamu tidak memberikan harta benda yang kamu miliki kepada mereka nescaya mereka akan pergi ke negeri lain. Kemudian kamu tidak merasa cukup dengan apa yang telah kamu lakukan sehinggalah kamu menjadikan diri kamu sebagai alat untuk mencapai tujuan mereka. Denagn itu kamu berperang mempertahankan Muhammad. Kamu tinggalkan anak-anak kamu dalam keadaan yatim. Bilangan kamu semakin sedikit sedangkan bilangan mereka semakin banyak. Oleh itu kamu jangan membantu mereka sehingga mereka meninggalkan kamu.
Di dalam majlis tersebut terdapat seorang remaja yang kuat keislamannya iaitu Zaid B arqam. Beliau memberitahu apa yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w lalu air muka Rasuluyllah s.a.w berubah lalu berkata: wahai anak muda! Kemungkinan kamu marahkannya, maka kamu mereka cerita ini. Beliau menjawab: demi Allah wahai Rasulullah s.a.w! aku benar-benar mendengarnya. Baginda s.a.w berkata lagi: kemungkinan kamu tersilap dengar.
Selepas itu Umar Al Khattab meminta izin untuk untuk membunuh Ibn Ubay atau Rasulullah s.a.w mengarahkan orang lain untuk membunuhnya. Rasulullah s.a.w melarang daripada bertindak demikian dan berkata: bagaimana wahai Umar sekiranya manusia berkata Muhammad membunuh sahabatnya. Kemudian Rasulullah s.a.w mengarahkan supaya meneruskan perjalanan pada masa kebiasaannya orang tidak berjalan iaiti ketika panas terik. Tindakan ini diambil dengan tujuan orang ramai tidak membincangkan topic tersebut. Usaid b Hudhair bertanyakan sebab Rasulullah s.a.w tetap meneruskan perjalanan sekalipun dalam kepanasan cahaya matahari. Baginda s.a.w menjawab: apakah kamu tidak mengetahui apa yang telah di ucapkan oleh kawan kamu? Dia menuangka bahawa sekiranya dia pulang ke Madinah, orang-orang yang mulia munafikin akan mengeluarkan orang-orang yang hina muhajirin. Usaid berkata: demi Allah! Kamu wahai Rasulullah s.a.w boleh mengeluarkan atau menghalaunya sekiranya kamu mahu. Dialah yang hina dan kamulah yang mulia.Rasulullah s.a.w mem percepatkan perjalanan sehingga orang ramai keletihan di sebabkan kepanasan. Kemudian mereka berehat,berbaring dan terus terlena.
Beberapa orang Ansar mencadangkan kepada Abdullah b Ubay supaya Rasulullah s.a.w meminta keaampunan untuknya. Tetapi dia berpaling dan bersikap sombong. Di sini Allah menurunkan surah Al Munafikun yang membongkar kejahatan Abdullah b Ubay dan kawan-kawannya, dan membenarkan berita yang dibawa oleh Zaid b Arqam.
Apabila Abdullah b Abdullah b Ubay mengetahui apa yang berlaku, beliau meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk membunuh ayahnya kerana bimbang Baginda s.a.w akan mengarahkan orang lain membunuhnya. Ini akan melahirkan perasaan ingin membalas dendam. Tetapi Rasulullah s.a.w menyuruhnya supaya berbuat baik kepada bapanya.
SUMBER DARI KITAB NUR KARANGAN
SYEIKH MUHAMMAD AL-KHUDHORI BIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
tahniah..penulisan yang berkualiti..truskan perjuangan..
wow..bestnyer citer...mskkan la lg citer byk2..blh ak komen
msalam sayang.pndainyer awak ni bermadah.wat sendiri ke?pe2 pun tahniah.semoga berjaya dapat A++ dalam madah nie.bye.......
kw hrp dmo m'gmbl p'gajarn dr kisah ppergn nabi ni,klau dmo klu osama srh dmo g ko iraq @ afghnstan dmo g ko...takbir..
salam...byk nye bolg mu ni....tp yg menarik minat aku tjuk ni..sbb aku x brapa phm yjuk sbl ni,tp slp bca ni bru la phm ckit....tahniah...percunbaan anda tlh berjaya...
nicework,nicejob,nicestory...
keep trying da best ya..
n mehla kte sma2 amik pengajaran dari kisah ni ek..
smoga ia mberi manfaat kpd kite sume:D
bittaufiq wannajah..
chaiyoo!!
p/s: jgn lupa komen blog sy tau:D..
cngra2ltion.....ctr mu ni..bezlh..wlpn x msk exam..msti tahu jgak kn...anywy...trskn usho anda...smoga brjya slalu..k..
Post a Comment